16 TIPS TURUNKAN BERAT BADAN TANPA DIET KETAT

by - 7:26 AM

“Nak kurus, tapi tak nak diet. Boleh tak?” Setiap kali cakap dekat kawan-kawan macam ni mesti diorang malas nak layan kan. Haha. Biasanya kalau nak turunkan berat badan, memang tak ada cara lain kecuali amalkan diet ketat dan bersenam.

“Susah la nak diet, pergi gym. Mana ada masa. Kerja kat ofis ni berlambak-lambak lagi nak kena siapkan.” *nangis bawah meja*

Yes. Bukan semua orang mampu nak jadikan bersenam tu suatu rutin, apatah lagi nak kawal diet.

“Ni Malaysia kot, syurga makanan. Kamonn, rugi la duduk kat Malaysia tapi tak enjoy makanan sedap. Lagipun orang berdiet dengan pergi gym ni tak tahan lama pun kesannya. Bila jaga makan, pergi gym, kurus la. Lepas tu nanti bila dah stop semua tu, gemuk balik jugak. Buat penat je.”

Amboi, banyak betul alasan kau nak diet, bersenam kan. Tapi berangan nak kurus. Haha.

Sebenarnya yang paling penting untuk turunkan berat badan, bukanlah diet ataupun senaman semata. Tapi, yang terpalingggg amat sangat perlu diambil berat ialah GAYA HIDUP SIHAT. Kat sini Kiraa nak share dengan anda macam mana nak kurus dengan cara yang sihat tanpa terseksa sebab tahan lapar.

#1 Tidur secukupnya

“Tidur pun boleh kurus ke?”

Tidur adalah cara untuk anda berehat lepas penat dan letih bekerja seharian. Tidur yang cukup ni sangat penting, terutamanya kalau anda nak turunkan berat badan dengan cepat.  Masa anda tidur, badan anda bekerja untuk betulkan balik sistem dalaman anda, repair balik sel-sel badan yang dah rosak tu. Dan yang paling best, masa tidur ni lah sistem penghadaman anda mencerna apa yang anda dah makan, termasuklah mensintesis karbohidrat dan memecahkan lemak.


Apa jadi kalau kurang tidur?

Hormon anda akan terganggu, terutamanya kortisol dan insulin. Kortisol  berlebihan ni yang menyebabkan anda ternak lemak banyak-banyak. Bila anda kurang tidur, badan anda akan hasilkan lebih banyak kortisol, yang menyebabkan juga lebih banyak penghasilan insulin. Bila insulin tinggi, berat anda jadi susahhh sangat nak turun. Sebab tu tidur yang cukup antara 6 hingga ke 8 jam ni sangat penting untuk kurangkan berat badan

#2 Kunyah makanan sampai lumat

Banyak kajian yang membuktikan bahawa semakin lama makanan dikunyah, semakin kurang pengambilan kalori. Maksudnya apa? Lagi lama anda kunyah makanan, lagi kurang portion makanan yang anda akan ambil. Bila anda kunyah betul-betul makanan tu, anda dah bagi masa supaya otak akan terima signal KENYANG dari perut anda. Dan, akan bantu proses pencernaan makanan anda dengan lebih baik. Sebaiknya, cuba kunyah dalam 30 kali setiap kali anda suap makanan ke dalam mulut.



#3 Makan dengan bersungguh-sungguh

Ada ke orang makan sambil lewa? Haha. Okay, ni penting. Maksudnya kat sini, masa makan, FOKUS betul-betul dekat makanan tu. Elakkan masa makan tu time tu jugaklah nak tengok WhatsApp, Facebook, Youtube. Kalau anda cuba nak acah-acah multitasking waktu makan ni, anda ada kecenderungan untuk makan lebih banyak daripada kadar yang sepatutnya. Kenapa? Sebab otak anda tak fokus dengan makanan tu. Jadi “arahan” yang anda kenyang daripada perut tak sampai dekat otak. Masa kecik dulu kalau makan sambil tengok TV konfem mak marah kan. “Nak makan, MAKAN BETUL-BETUL!”




#4 Jauhi makanan yang diproses

Makanan diproses seperti sosej, nuget dan yang sewaktu dengannya memang sedap dan menjadi pilihan sebab senang untuk disediakan. Keluarkan daripada freezer dan goreng. Tadaaa – dah siap boleh makan! Masalahnya di sini, makanan diproses ni dah bercampur dengan pelbagai bahan lain dan menyebabkan nutrien asal semakin berkurang. Bila kurang nutrien, anda susah nak rasa kenyang. Mulalah nanti asyik nak cari junk food untuk menguyah.

Sebaiknya, sediakan sendiri makanan di rumah. Makanan mentah seperti salad dan ulam-ulaman sangat bagus untuk anda makan setiap hari. Bagus juga kalau dapat makan makanan yang dikukus dan dipanggang.



#5 Makan lebih banyak buah dan bijirin
Buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori perlu dimakan jauh lebih banyak daripada makanan lain yang berlemak dan berkalori tinggi. Ambil lebih banyak sayur berbanding daging sebab sayur tinggi dengan vitamin, mineral, phytonutrien dan serat. Gantikan roti putih dan kuih-muih pada waktu sarapan dan minum petang dengan bijiran seperti roti wholemeal dan beras merah. Semua buah dan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi yang sangat diperlukan oleh tubuh anda, dan akan buat anda rasa kenyang lebih lama.



#6 Sarapan selewat-lewatnya sejam selepas bangun pagi

Ramai yang salah anggap bahawa melewatkan sarapan, atau menggabungkan sarapan dengan makan tengahari (baca: BRUNCH) adalah cara terbaik untuk kurangkan pengambilan kalori dan turunkan berat. BETULKAN FAHAMAN ANDA SEKARANG. Sarapan adalah waktu makan yang paling penting dan tak boleh diabaikan.


Makan beberapa kali dalam sehari sangat penting untuk bagi anda tenaga menjalani kehidupan seharian. Bila anda makan sarapan sangat lewat, atau tak makan sarapan langsung, anda akan lebih cepat lapar sepanjang hari. Akhirnya, anda akan makan secara berlebihan dan lebih cenderung untuk pilih makanan yang tak sihat. Meninggalkan sarapan juga bermaksud anda sedang merendahkan metabolisme badan anda. Jadi, cuba amalkan makan sarapan dalam waktu sejam selepas bangun dari tidur. Semangkuk oat dan susu rendah lemak dapat memberikan nutrien awal untuk hari anda.

#7 Makan kerap, tapi sedikit

Makan dengan kerap akan meningkatkan metabolisme, jadi tenaga akan terus berada pada paras yang tinggi sepanjang hari. Makan sehari sehingga 6 kali adalah sangat ideal. Makanlah setiap selepas 2-3 jam. Tapi awas ya, kawal portion makanan yang anda ambil. Mungkin boleh guna pinggan yang lebih kecil. Mengurangkan portion makanan sehingga 20% sangat membantu untuk turunkan berat badan.




#8 Mulakan dengan makan buah-buahan

Biasakan untuk makan buah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum ambil makanan berat sebab buah lebih cepat untuk dicerna oleh perut kita. Makan buah masa perut kosong sangat bagus untuk detox badan kita dari segala toksin, dan akan buat anda makin dengan lebih sedikit.



#9 Makan sebelum pukul 8 malam

Makan lewat malam memang akan menambahkan berat badan. Untuk mengelakkannya, pastikan anda makan sebelum jam 8 malam. Rasa lapar waktu tengah malam? Cuba minum teh herba untuk hilangkan rasa lapar. Sebaiknya lepas makan malam, terus pergi gosok gigi untuk membantutkan idea nak makan lagi lepas tu. Hehe.



#10 Berhati-hati memilih kalori dalam minuman

Jauhkan diri anda dari sebarang minuman manis sebab kandungan kalorinya sangat tinggi. Hilangkan dahaga anda dengan minum air kosong, susu skim atau susu rendah lemak ataupun segelas kecil jus buah/sayur tanpa campuran gula.



#11 Minum air kosong secukupnya

Minum air kosong secukupnya adalah kunci kepada gaya hidup yang sihat. Air juga akan buat anda rasa kenyang, menghilangkan rasa untuk mengunyah (munching) selain memastikan badan anda sentiasa terhidrat.



#12 Protein setiap kali waktu makan

Pastikan dalam setiap menu makanan anda mengandungi protein tanpa/rendah lemak. Protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Jadi, kuranglah potensi untuk anda terlebih makan. Digalakkan makan yogurt rendah lemak, kekacang, dan daging tanpa lemak.

#13 Amalkan minum teh hijau

  • Selain  air kosong, teh hijau juga merupakan penggalak metabolisme. Kajian menunjukkan amalan minum teh hijau akan membakar ekstra 400 kalori dalam seminggu selain mempunyai kebaikan antioksidan. Berdasarkan pengalaman Kiraa sendiri, ramai pengguna yang amalkan STEA dapat hilangkan hingga 7 kg dalam masa seminggu. Kalau nak try, boleh dapatkan di sini



#14 Banyakkan berjalan

Berjalan merupakan senaman yang baik untuk menurunkan berat badan. Cuba sasarkan 1 hari, 10 000 langkah. Muat turun aplikasi yang boleh rekodkan jumlah langkah kita (Pedometer)



#15 Ketawa

Laughter is the best medicine. Percaya tak, ketawa pun boleh buat jadi kurus? Hehe. Ketawa meningkatkan kadar denyutan jantung dan peredaran darah. Kadang-kadang kita boleh ketawa sampai rasa lenguh kat perut kan. Sebab masa ketawa tu, sebenarnya otot-otot di perut kita bekerja. Jangan ketawa mengilai pulak ya. Lain jadinya nanti.



#16 Bernafas dengan teknik yang betul
Teknik pernafasan yang betul boleh membakar lebih banyak kalori. Malangnya tidak ramai yang mengamalkan perkara ni. Pernafasan diafragma (tarik nafas melalui hidung, hembus melalui mulut) akan menggunakan otot-otot secara aktif dan mengalirkan lebih banyak oksigen. Jadi anda akan lebih bertahan lama untuk bekerja.




Jadi, diet ketat bukanlah satu-satunya cara untuk turunkan berat badan. Diet yang sihat bukan semata-mata tentang apa yang anda makan, tapi bagaimana cara anda makan. Makanlah apa pun yang anda suka, yang penting secara SEDERHANA supaya berat badan ideal dapat dikekalkan.

You May Also Like

2 komen

  1. CV Bahagia Sukses Makmur perusahaan yang menyediakan dan menjual Tenda Roder untuk segala jenis acara dan keperluan salah satu contoh nya adalah untuk Tenda Penyimpanan Gudang Industri.

    Perusahaan kami telah berpengalaman dalam menyediakan Tenda - Tenda berkualitas dengan harga yang murah. Selain itu tenaga profesional kami juga sudah terlatih sehingga cara kerja nya efektif dan efesian, Anda tidak perlu mengorbankan produktifitas perusahaan.

    Tenda Roder bisa memenuhi segala aspek, mulai dari yang sifatnya komersial seperti event, pameran atau acara musik hingga yang bersifat emosional seperti wedding (pernikahan). Dengan memasang tenda ini, Anda bisa merasa aman dan nyaman meski acara diselenggarakan secara outdor.

    Meskipun terik matahari sangat panas atau sedang hujan deras. Tenda ini sangat kokoh dan tetap mampu mengakomodasi kebutuhan dan kenyamanan penghuni maupun barang - barang didalamnya.

    Spesifikasi dan fungsi Tenda Roder :

    Tenda Roder bukan hanya tenda event atau party. Tenda ini mampu berfungsi untuk menyimpan berbagai barabf industri. Entah itu barang mentah maupun hasil industri. Karakteristik tenda membuat semua barang yang sengaja disimpan didalam tenda tetap terjaga dengan aman.

    KeunggulanTenda Roder

    Alasan utama seseorang menyewa tenda roder adalah karena kualits yang terjamin, Selain iti tenda ini memiliki sejumblah keunggulan berikut :

    - Mudaah diinstalasi

    - Bersifat portable / semi permanen

    - Desain tenda bervariasi

    - Ukuran sangat luas / bisa menyesuaikan kebutuhan dilokasi.



    Untuk Informasi lebih lanjut silahkan hubungi 081316140397 rahma.

    office ; Ruko Cendana raya NO. 15A, Bencongan indah, karawaci tangerang.

    Kami Melayani Pesanan Seluruh Indonesia



    https://tendagudangjakarta.blogspot.com/

    https://id.pinterest.com/tangerang0290/

    https://twitter.com/TangerangRoder

    https://www.instagram.com/tendarodertangerang1/

    https://sites.google.com/d/13ngcAypBp3gn-PdcA7XaRjpYZH8Cu3kM/p/1THW6hgDfmbFrFrMj9qbjdbOh4Fg7_1Sq/

    #tendamurah #sewatendamurah #jualtenda #jualtendamurah #jualsewatenda #jualsewatendamurah #tendamembran #tendahanggar #tendasarnafil #tendabazar #tendakerucut #tendagudang #tendajualan #tendadarurat #tendavaksin #tendaevent #tendaroder #tendapabrik #tendacafe #tendajabodetabek #tendatangerang #tendabogor #tendalaris #tendakerucut #tendapameran #tendakarnaval #tendavaksinasi #tendakerucut #tenda #jualtenda #jualtendajakarta








    ReplyDelete
  2. Terimakasih bagi ilmu nak turun berat badan untuk kami semua. Menginsfirasi kami juga.

    ReplyDelete